Tarikh keramat, 7/2/2013. Tepat pada pukul 9.30 malam, seramai 20 orang goonerhood berkumpul dan berbincang bersama owner kedai Restoran Hakim Seksyen 7, Shah Alam untuk menyatakan hasrat menjadikan port baru di Shah Alam.
Alhamdulillah. Hasil daripada perbincangan itu, Owner memberikan reaksi positif dan bersetuju menjadikan port Arsenal. Tapi terdapat beberapa syarat yang dipersetujui oleh kedua pihak.
1. Pihak Restoran membenarkan tingkat atas restoran tersebut menjadi port para Gooners untuk menonton perlawanan Arsenal.
2. Jikalau ada perlawanan Malaysia clash dengan perlawanan Arsenal. Kedua pihak bersetuju untuk mementingkan negara dari kelab. ( Utamakan perlawanan yang melibatkan negara sendiri. )
Belum terlambat lagi untuk mengatakan selamat tinggal Iskandarates (Iskandar nasi kandar), terima kasih kerana sudi melayan kami dahulu. Hakimbury, kami datang!!
P/s: Sekitar gambar - gambar pada malam perbincangan tersebut.
Tapi tahukah anda, Port Arsenal ini berjiran dengan Port Chelsea? ini baru betul London!!